CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2011

Baby Ayris's Progress ^^

Lilypie Second Birthday tickers


MONTH
WEIGHT
0
3.17 Kg
1
4.15 Kg
2
4.60 kg
3
5.30 kg
4
5.80 kg
5
6.10 kg
6
7.00 kg
this is latest pic at Jusco, Tebrau. saje soping sket & nak bwk baby Ayris jln2.... dia mmg suke jalan.... like pa&ma dia la..... hehe


p/s # credit to baba Tik fo the cute stiches cap of mine ^^

 


Tuesday, February 15, 2011

AqiQah & cuKuR JamBuL eVenT



                                                                       

             Ahad lepas, 13 Februari 2011 berlangsung majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri ku, SHAZA AYRIS ALEYA BINTI SHAHRIL yg baru berusia 39hari pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan tahlil arwah untuk bapa mertuaku yang telah meninggal dunia lebih kurang 2 tahun yang lalu... majlis bermula lebih kurang jam 10.30 pagi dan berakhir lebih kurang masuknya waktu solat zohor.



             kemudian majlis diteruskan dengan acara makan-makan. Dianggarkan lebih kurang 100 orang tetamu yang telah datang memeriahkan majlis tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada sanak-saudara, sahabat handai dan semua pihak yang terlibat. Sebagai tanda penghargaan, kami menghadiahkan hadirin yang hadir dengan sebuah mug bunga yang tak seberapa.

 
hadirin menjamu selera


 
gift untuk tetamu

Diharapkan majlis yang telah kami anjurkan ini mendapat keberktan dari Allah s.w.t. semoga puteri kami, Shaza Ayris Aleya sentiasa dilindungi oleh Allah, diberkati hidupnya, sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia & akhirat. Aminn.... Mama & Papa sayang kamu sangat-sangat ^^


Mama, Papa & Ayris


Ayris bersama Nenda & Baba


Gambar suasana sekitar majlis berlangsung....










Sunday, February 13, 2011

Mom's breast Milk is the Best ^^

Sedikit info khas untuk diriku & ibu2 lain yg menyusukan anak2 nya....

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

EXTRA InFo
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

Friday, February 11, 2011

Cheese Cake...........YumMy

semenjak, 2 menjak ni.... i've got new hobby, making cheese cake... thanx to my brother's fren, Mr. Hisham Haris for the recipe.... so simple & 1st time buat pun dh jadi... syoq2... so, kat sini nak jugak la share ngn sesiapa yg rs nak try jugak wat...bak kata org, ilmu jgn lokek... nnti tuhan tarik semula padan muka... huhu.. nah ni gambo kek & resipinye :





Bhn2 Base (yg crust coklat kat bwh):
1. 20pcs biskut marie
2. 125g butter (melted)


method :
hancurkan biskut (tumbuk/blender), cairkan butter then masukkan sket2 butter dlm biskut yg hancur tu smpai agak2 semua dh basah. then masukkan dlm loyang yg nak bakar tu, tekan2 biar dia mampat kat dasar loyang. then mskkan dlm peti ais yg beku, biar dlm 10minit.


bhn2 kek:
1. 500g cream cheese
2. 200g castor sugar
3. 1pc lemon (juice)
4. 1 ts vanilla essence
5. 4pcs large egg


method:
1. pukul creamcheese, sugar & vanilla sampai sebati
2. masuk kan telur satu persatu
3. last, masukkan perahan lemon (agak2, jgn byk sgt nnt masam)
4. masukkan adunan dlm loyang yg ade base td
5. bakar 180 darjah, 45-50 minit.


p/s # bkr dia ade lain sket, kene ade 1 lg loyang yg berisi air panas, letak bwh loyang yg ade adunan td (bertingkat). then br bakar , sbb nak gunakan wap dr air tu tuk moistkan kek. ;)


utk topping tu guna whipped cream pukul dgn icing sugar smpai kembang. then sapu je atas kek tu. utk hiasan ikut suka hati je... hehe..


selamat mencuba. ade pe2 soklan or tak paham tanye la ek... ;)

Monday, February 7, 2011

Our FamiLy.........


My Stick Family from WiddlyTinks.com
 

My Precious

Lama tak wat catatan kat blog ni... sbb bz dgn new family member... Baby Ayris. Ni sikit detail tentang my new baby Girl...

                            Full name       : Shaza Ayris Aleya binti Shahril
                            Date.O.B        : 5th January 2011
                            Time.O.B       : 2233 Hrs
                            Place.O.B       : Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru
                            Weight.O.B    : 3170g

on her 2nd day...

          Thanks to Dr.Noor Aini bt Hj.Sa'ari, Dr. Kok & PSH nurses yang menyambut kelahiran Baby Ayris dengan baik sekali. Layanan yang diberi juga sangat memuaskan. Thumbs up!! even request nak single bed room x dapat, tp triple bed room pun quite not bad la... yg x best sbb husband xleh stay mlm je. But Thanks a lots to nenda, yg sacrified byk teman kan mama Ayris kat hospital. kesian nenda tdo kat sofa yg tak berapa best tu je... then sakit badan...Ayris & Mama saaaaayang nenda ;)
 Ayris & Nenda kat Hospital ;)

        Just nak share pengalaman masa 5th January tu. Sebenarnya dtg pagi tu utk checkup biasa je. tp sbnrnye juga, dh overdue pun baby ni 2 hari. due date patut 3rd Jan. Dtg checkup, dokter seluk dh buka 3cm. yg best dokter tanye, awk x rasa sakit lg ke?? hehe... tah la ye... sakit mengeras2 baby dlm perut tu ade la rasa. tu hari2 mmg rasa pun...Rupanye tu la contraction. huhu... cuma tak regular je... then dokter kata dia booking kan wad tuk aku. pastu dia soh g wat CTG tuk cek jantung baby... result CTG tunjuk mmg dh ade regular contraction pun selang 6minit. then, dia suruh blk umh dulu, pegi mkn2... ptg nanti dlm kul 2 dtg semula msk wad. huhu.... mcm tak caya je sbnrnye nak bersalin dah hari tu...

masa kene admit dah... about 1500Hrs..

         Petang tu dtg semula dlm kul 3 lebih jugak... dtg je mmg trus msk wad. duk jap2 atas katil. mik2 gambo, hehe.... then dlm kul 5 ptg tu, nurse soh g labour room plk. kat labour room dokter seluk, dah bukak 5cm. pastu nurse kata ni dh tak bole g mane2 dah sbb dh 5cm, kene stay sampai bersalin. mak aii... dup dap dup dap... mcm tak caya je aku... huhu.. so suami aku pun ditugaskan mengambil semua keperluan aku bwk ke labour room...mcm2 la yg dilalui dlm labour room... smpai la jam 10.33pm.. aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan.... alhamdulillah.....Pengalaman bersalin for 1st time ni mmg sgt berharga & akan aku ingat sampai bila2. Pengalaman yang padaku, sangat manis. Baru aku tahu kini kesusahan ibuku semasa melahirkan aku dan adik beradikku yg lain. Patut pun, syurga dibawah tapak kaki ibu... ^^ tp rasanya kalo berupaya melahirkan secara normal lebih baik... nikmat sakit tu  la yang berharga... & insyaAllah kita akan lebih menghargai & menyayangi anak kita sangat2 atas kepayahan yg kita telah lalui tu.... hehe