CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 8, 2012

Playgroup and immunisation DAY

3 Ogos 2012, Jumaat - Hari khas utk anak mama, YAYA... (act tak suka sgt pgl dia yaya, i like Ayris better). Hari ni, papa ia cuti. 1st time mik cuti Jumaat.. org lain dah bertime2 dah ok...:p Setelah sekian lama tak jupe kengkwn sebaya, hari ni dia jupe dan bermain dengan kwn2 sebaya dia...tp ade jgk x sebaya... tak kisah la.. kiteorg try 1st playgroup ni kat North Perth PG Inc, 15 Haynes St, 6006 WA. naik public transport je.. dlm 30 min juga la dr umh kiteorg. masa sampai tu ngam2 9.30... tkt gak lambat sbb kteorg agak terlajak bas, huhu. 1st time la katakan.. sampai2 mcm xde org sgt, ade la sorang ni dgn anak dia dlm tram, sgt friendly.. dia tegur... mm.. ramai lg x smpai lg rupanye, huhu... (penat je kejar2) mm x ingat la sape nama dia, tp yg pasti dia baik. suke sgt... dia cekgu secondary school gak.. part time... keje 2 1/2 hari je seminggu. best giler... based on borak2, ape yg bole disimpulkan, kebanyakan ibu2 kat sini keje part time je sbb dah ade anak... maksudnye, mereka mmg mengutamakan family... (perlu dicontohi ni). tp bile pk blk, gaji diorg even part time pun setaraf kite full time kot... sbb tu bole... kite kat m'sia kalo part time, ape yg ade skrg ni kene kerat separuh la kot. hehe.. (sanggup?)

            so far ok la playgroup ni...xde ape2 pun, mak2 semua borak2 je... sambil2 minum teh (kteorg x minum la, pose kan) anak2 plk, main2 sendiri...tp still mak2 kene tgk2 juga anak2 diaorg, sbb kdg ade yg berebut2... gaduh2... biasa la, budak2 kan.. tp anak i ni, dia mcm xnak berkwn sgt... soh salam pun x nak... maybe 1st time kot... harap2 nnt2 ok la.. duration dia, 2 jam je... start 9.30 habis 11.30. sbnrnye byk sesi.. tp biasanya diaorg dtg smggu skali je... yg best ade sesi tuk mcm2 kategori... twins, grandparents, japenese, same sex parents (huh?!)... but i wonder la, ade tak playgroup tuk malaysian?? kalo ade comfem i join yg tu... ^^ tuk playgroup ni, kite leh pilih... so kteorg ingat nak try beberapa dulu br decide...tp rsnye mcm xde try2 je, sbb pyh la plk kalo nak g tpt lain sendiri... dah la x tau sgt jln... ni pun g ngn papa ia leh terlajak bas... haha.. tp ok la playgroup ni, sbb toys... SANGAT BANYAK....;)

     

          Lepas g playgroup, kiteorg blk... tp sblm tu smpt gak la sgh woolworth beli brg sket (tpt fav beli brg ni)... pastu berkejar2 blk nk smbyg zohor dulu, sbb kul 1.30 nk kuar sml g clinic... kteorg ade appoinment tuk imunisasi yaya kul 2.. clinic ni mmg khas utk imunisasi je... kat 16 Rheola st, west perth. masa dtg bg kad merah dr m'sia tu... nasib dia leh phm.. sbb kad tu fully in malay ok.. huhu mm yg best part, bila dh msk blk nak inject tu, ade nurse lelaki yg layan kteorg... dia wat analisis, tgk2 yaya ni kalo based on australia child immunisation ade 5 bende dia x dpt lg... huh? 5? terkezut mak dia ni.... sbb rupanye imunisasi yg kt m'sia ade kureng, means x byk la yg dia bg.. sini ade yg xtra... so, dia bg choice nak mik smua hari ni ok mik 3 dlu, sbulan lg dtg mik lg 2... kteorg mik yg 2nd choice la... sbb byk sgt cucuk kesian plk anak mama ni... huhu

       Best part, sbnrnye set mind dh ni comfem kene byr ni... sbb kiteorg kan bukan warganegara... mcm kat m'sia... ape2 yg free smua utk warganegara ngn PR je... so byr je la kan... tp, bile nak blk tu g kaunter ckp psl next appoinment... then canguk jgk la kot2 dia mntk byrn... tp pastu dia kata "ok, u can go" mm.. terpinga2 gak, betul ke? hehe... ape lg, kteorg pun kuar je la... tp still tertanye2 lg, free ke... ke dia x perasan? mm.. ingat nnt 2nd time dtg kot nak tanye betul2... ^^ sbb rs bersalah pun ade gak ni... haha


       So tu je la xtvt tuk 3/8 (jumaat) ni.... sbb papa ia cuti, mama ia pun plan la mcm2 tuk xtvt yaya... ingat kalo smpt nak g embassy tny psl event raya...tp x smpt plk... sbb kejar2 blk nak asar... pastu nak kuar sml g buka puasa kat Karache Cafe, Murray St. sbb mama ia x smpt pun nak masak.... :) yg best kat karache td, jupe kak Ida.... dia tegur, tanye2 rupanye dia keje kat embassy... tau dh, rupanye xde event pun raya sbb tgh bertukar director... tp event merdeka ada katanye... mm nasib baik jgk x g td... kalo x penat je... tp happy gak la sbb jupe kak Ida tu, friendly... mula tgk2 je dia.. senyum2... sbb muka dia familar, mcm muka ustazah mashitah.... tp kalo tgk dressing, bukan kot... hehe so, bile dah borak... mmg comfem la bukan... haha... tp mmg stylo la akak ni...kalah abis i... haha... dia duk kat Kwinana... jauh gak dr city... tp comfem umh dia besar kot ^^ (kak xnak jemput raya ke??) hehe... dia kata dia blk m'sia raya ni... huaaa jeles2...

Sekian laporan.... hihi

Tuesday, July 31, 2012

PeRTh and Us

15 Jun 2012 - Bermulanya kehidupan baru kami di bumi Perth... dan insyaAllah kami akan bermastautin disini selama setahun.

En. Suami dihantar oleh company nya kesini untuk melengkapkan projek bersama Technip Ocenia, Australia. Actually dia sebenarnya berkerja dibawah MMHE Bhd. ni kira mcm twinning project la. so, as for me... i take a year leave... actually Unpaid Leave la or coz. Berhenti kerja? Oh Tidak! I'm workerholic ok... mane bole... somehow, I'm miss my work already... uhuk =(

        Gambar atas tu masa 2nd day kat sini. sgt freshie... x tau ape2 pun...Perth skrg ni tgh musim sejuk... suhu average 0-20 degree kot.. terkejut badan ni...  1st week kiteorg ditempatkan di The Marque Hotel, Mount St. Ok la... hotel biasa... then the rest 3 weeks kiteorg ditempatkan pulak kat The Quest West Appartment, Murray St. Kat sini best... sbb dia appartment... ade 2 bilik... ade dapur skali... leh main masak2... heee Then after that kiteorg duk di apparment sendiri tuk the rest 11 month, iaitu di Mont Clare Appartment, Forrest Ave, East Perth. Apparment ni ade 2 bilik jugak... and 2 bilik air. facilities lain, dia ade community swimming pool & gym... tp setakat ni, kiteorg x penah lagi guna pun. huhu... pool sejuk, sape nak masuk... mat saleh pun x sanggup. haha

ni masa di Marque Hotel

 
ni di The Quest West Appartment

        So far, sehingga hari ni almost 1 1/2 month la kiteorg kat sini. ok la... sekarang tgh bulan puasa. dah 11 hari pun. tak terasa sgt... sbb org2 sekitar tak pose kan... lgpun sini xde bazaar... hehe... pengalaman mmg ni... puasa sini yg best 1 je, buka cepat sikit... awal 2 jam dari m'sia... sbb sini malam lebih panjang dr siang... waktu imsak same je ngn m'sia... ^^ sini subuh dlm 5.45am, zohor 12.45pm, asar 3.10pm, maghrib 5.40pm & isyak 6.45pm. belum kul 6 gelap dah sini... mmg tdo cpt la duk sini... kdg ingat dah kul 11,12 mlm ke... rupanya baru kul 9... hmmm....maklumla aura2 m'sia tebal lagi dlm jiwa ni.... =)

    Tahun ni nampak gayanya kami akan beraya di sini je. Cuba menimba pengalaman beraya sebagai perantau. mungkin ala-ala bersederhana je. tp tu la, tgh confius ni nak masak ape pagi raya nnti. dah la skill masak mmg 'terer' abis. haha... tp ape yg sangat suke, sbb setakat ni dah berjaya masak ikan keli masak lemak cili padi, nasi tomato, sup tulang, nasi ayam.... di bumi perth ni. sbb tu kan menu melayu. bhn2 pyh sket nak dpt....tp syukur la ada juga kedai yang jual... sini kedai yg jual brg m'sia byk nye kedai cina... sini ramai je cina... korea, jepun, india pun mmg ramai... melayu je kureng sket... ade la jugak kalo campur2 dgn indonesia....



 Antara menu masakan tuk berbuka puasa....






       


Thursday, April 21, 2011

Baby Ayris's Progress ^^

Lilypie Second Birthday tickers


MONTH
WEIGHT
0
3.17 Kg
1
4.15 Kg
2
4.60 kg
3
5.30 kg
4
5.80 kg
5
6.10 kg
6
7.00 kg
this is latest pic at Jusco, Tebrau. saje soping sket & nak bwk baby Ayris jln2.... dia mmg suke jalan.... like pa&ma dia la..... hehe


p/s # credit to baba Tik fo the cute stiches cap of mine ^^

 


Tuesday, February 15, 2011

AqiQah & cuKuR JamBuL eVenT



                                                                       

             Ahad lepas, 13 Februari 2011 berlangsung majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri ku, SHAZA AYRIS ALEYA BINTI SHAHRIL yg baru berusia 39hari pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan tahlil arwah untuk bapa mertuaku yang telah meninggal dunia lebih kurang 2 tahun yang lalu... majlis bermula lebih kurang jam 10.30 pagi dan berakhir lebih kurang masuknya waktu solat zohor.



             kemudian majlis diteruskan dengan acara makan-makan. Dianggarkan lebih kurang 100 orang tetamu yang telah datang memeriahkan majlis tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada sanak-saudara, sahabat handai dan semua pihak yang terlibat. Sebagai tanda penghargaan, kami menghadiahkan hadirin yang hadir dengan sebuah mug bunga yang tak seberapa.

 
hadirin menjamu selera


 
gift untuk tetamu

Diharapkan majlis yang telah kami anjurkan ini mendapat keberktan dari Allah s.w.t. semoga puteri kami, Shaza Ayris Aleya sentiasa dilindungi oleh Allah, diberkati hidupnya, sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia & akhirat. Aminn.... Mama & Papa sayang kamu sangat-sangat ^^


Mama, Papa & Ayris


Ayris bersama Nenda & Baba


Gambar suasana sekitar majlis berlangsung....










Sunday, February 13, 2011

Mom's breast Milk is the Best ^^

Sedikit info khas untuk diriku & ibu2 lain yg menyusukan anak2 nya....

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

EXTRA InFo
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

Friday, February 11, 2011

Cheese Cake...........YumMy

semenjak, 2 menjak ni.... i've got new hobby, making cheese cake... thanx to my brother's fren, Mr. Hisham Haris for the recipe.... so simple & 1st time buat pun dh jadi... syoq2... so, kat sini nak jugak la share ngn sesiapa yg rs nak try jugak wat...bak kata org, ilmu jgn lokek... nnti tuhan tarik semula padan muka... huhu.. nah ni gambo kek & resipinye :





Bhn2 Base (yg crust coklat kat bwh):
1. 20pcs biskut marie
2. 125g butter (melted)


method :
hancurkan biskut (tumbuk/blender), cairkan butter then masukkan sket2 butter dlm biskut yg hancur tu smpai agak2 semua dh basah. then masukkan dlm loyang yg nak bakar tu, tekan2 biar dia mampat kat dasar loyang. then mskkan dlm peti ais yg beku, biar dlm 10minit.


bhn2 kek:
1. 500g cream cheese
2. 200g castor sugar
3. 1pc lemon (juice)
4. 1 ts vanilla essence
5. 4pcs large egg


method:
1. pukul creamcheese, sugar & vanilla sampai sebati
2. masuk kan telur satu persatu
3. last, masukkan perahan lemon (agak2, jgn byk sgt nnt masam)
4. masukkan adunan dlm loyang yg ade base td
5. bakar 180 darjah, 45-50 minit.


p/s # bkr dia ade lain sket, kene ade 1 lg loyang yg berisi air panas, letak bwh loyang yg ade adunan td (bertingkat). then br bakar , sbb nak gunakan wap dr air tu tuk moistkan kek. ;)


utk topping tu guna whipped cream pukul dgn icing sugar smpai kembang. then sapu je atas kek tu. utk hiasan ikut suka hati je... hehe..


selamat mencuba. ade pe2 soklan or tak paham tanye la ek... ;)